Aktiviti menangkap ikan

Iklan
Bot-bot nelayan bergerak keluar dari pesisir Pantai Gelora untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut dalam ketika tinjauan foto Bernama di sini.

Kerajaan masih mengekalkan subsidi diesel kepada nelayan dengan kadar RM1.65 seliter meskipun pelaksanaan penyasaran subsidi diesel melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran telah dilaksanakan mulai 10 Jun lalu.

Bagi membendung penyelewengan bahan subsidi itu dalam kalangan nelayan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dengan menetapkan tiada lagi pembelian secara pukal diesel oleh nelayan bagi mengekang berlakunya aktiviti penyeludupan.

Untuk rekod, harga runcit bahan api diesel terkini telah ditetapkan kerajaan kadar RM3.35 seliter di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia manakala harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.