Wanita dipenjara sehari, denda RM5,000 sembunyikan kelahiran

Iklan
Seorang guru tadika swasta dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan menampar muridnya, bulan lalu.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM5,000 kepada seorang wanita yang didakwa sengaja menyembunyikan kelahiran janinnya Januari lalu.

Tertuduh, Nur Aqilah Ahmad Fairuz Zakri, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, A Shaarmini.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran janinnya dengan mengebumikan mayat janin terbabit secara sulit, yang mana kandungan itu mati sebelum ia dilahirkan.

Wanita terbabit dituduh melakukan perbuatan berkenaan di Tanah Perkuburan Kampung Pertanian Masai dekat sini sekitar jam 6 petang, 26 Januari lalu.

Iklan

Bagi perbuatan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd Rozi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Pihak pendakwaan kemudiannya memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh termasuk masyarakat agar tidak mengambil ringan perbuatan sedemikian yang dilihat telah menghalang kelahiran satu nyawa ke dunia ini.

Mengikut fakta kes, seorang doktor memaklumkan didatangi tertuduh yang memaklumkan dirinya hamil empat bulan.

Bagaimanapun, tertuduh enggan meneruskan kehamilan itu dan mendakwa sudah mengambil dua pil yang diperolehi daripada rakannya bagi tujuan menggugurkan kandungan.

Malah, wanita itu dikatakan turut datang ke tanah perkuburan di Kampung Pertanian Masai bagi tujuan mengebumikan janin berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!