LKIM teruskan tradisi ibadah korban

Iklan
Mohamad Sabu (kiri) bersama kakitangan LKIM semasa Program Ibadah Korban LKIM 2024 pada Khamis.

PUCHONG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meneruskan tradisi pelaksanaan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Hamdan Mamat memaklumkan, tahun ini merupakan penganjuran kali ke-10 termasuk satu lagi penganjuran dengan kerjasama pengurusan Masjid Pulau Meranti.

Iklan
Iklan

"Pogram ibadah korban ini diadakan setiap tahun anjuran Badan Kebajikan Islam LKIM (BAKIS) dengan kerjasama sepenuhnya pengurusan LKIM.

"Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan pada tahun termasuk seekor disumbangkan Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil dengan melibatkan 28 peserta bertugas.

Iklan

"Peserta terbabit dalam program ini pula terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat LKIM dan LKIM negeri, ahli keluarga serta pesara LKIM," katanya pada Program Ibadah Korban LKIM 2024 pada Khamis.

Hamdan (empat dari kanan) mengiringi Mohamad (empat dari kiri) mengagihkan daging korban kepada kakitangan LKIM.

Terdahulu, program yang diadakan di Wisma LKIM Jalan Desaria, Pulau Meranti itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Iklan

Mohamad menghadiri program di KPKM sebelum itu memaklumkan, sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan kakitangan KPKM sebelum dagingnya diagihkan kepada yang layak menerima.

Kakitangan LKIM bergotong-royong menyediakan makan tengah hari.

"Hari ini adalah hari terakhir korban, pada hari raya keempat dan kita harap korban kita kali ini diterima oleh ALLAH tanda ketauhidan kita kepada-Nya.

"Saya ucap terima kasih kepada seluruh kakitangan di semua peringkat yang bekerja secara gotong-royong untuk korban hari ini sembilan ekor di KPKM dan empat ekor di LKIM," katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Badrul Hisham Mohd.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!