Peluang cerah calon PH menang kerusi DUN Sungai Bakap

Iklan
Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumumkan sebagai calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

NIBONG TEBAL - Peluang calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah cerah kerana masyarakat di kawasan itu sememangnya mahukan perubahan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, masyarakat memerlukan pemimpin berkualiti yang dapat memimpin DUN Sungai Bakap ke arah lebih baik dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.

Iklan
Iklan

"Saya melihat 'mood' yang sangat baik dalam kalangan masyarakat di sana (DUN Sungai Bakap) yang inginkan perubahan.

"Peluang yang cerah untuk calon Kerajaan Perpaduan memenangi PRK DUN Sungai Bakap kali ini," katanya kepada media pada Khamis.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Iklan

Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!