'Mustahil dapat hapuskan Hamas'

Iklan
Pejuang Hamas terus mempertahankan bumi Gaza sejak lebih lapan bulan lalu. Foto Agensi

TEL AVIV - Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Rabu mengakui pejuang Hamas sama sekali tidak boleh dihapuskan selepas perang ganas yang menyasarkan kumpulan itu berlarutan selama sembilan bulan di Genting Gaza.

"Hamas adalah sebuah ideologi dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya melenyapkan ideologi itu,” kata Laksamana Muda, Daniel Hagari menerusi wawancara bersama Channel 13.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu bagaimanapun ditolak pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang masih bermati-matian mahu melenyapkan Hamas.

Menurutnya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kononnya akan tetap komited dengan matlamat awal operasi ketenteraan tersebut.

Iklan

Sehingga kini, rejim Zionis masih gagal untuk menghapuskan pejuang bumi Gaza tersebut, meskipun pelbagai strategi termasuk menggunakan taktik kelaparan terhadap penduduk Palestin dan membunuh lebih 37,000 orang awam tidak berdosa.

Dalam perkembangan berkaitan, IDF kembali memperhebatkan serangan ke atas Rafah setelah kempen pengeboman ganas itu dihentikan sementara sempena Aidiladha pada akhir minggu lalu. - AFP

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!