Keluarga mohon orang ramai cari Muhammad Danish

Iklan
Nik Nurhayati menunjukkan foto Muhammad Danish sambil diperhatian suaminya, Muhammad Addam Wahab, 30.

JEMPOL - Masuk hari ke 12, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Rembau, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam, 13, yang hilang dipercayai melarikan diri dari asrama masih belum ditemui.

Keluarga remaja berkenaan turut meluahkan rasa buntu berikutan Muhammad Danish tidak pernah mengadu sebarang masalah berkaitan aktivitinya sejak tinggal di sekolah berasrama itu pada Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurut ibunya, Nik Nurhayati Nik Mohd Marzuki, 33, kali terakhir dia bertemu anak sulungnya itu pada petang kejadian iaitu 9 Jun lalu.

"Muhammad Danish ini seorang yang ceria, peramah dan mesra berbual. Cuma pada hari itu lain, dia bercerita tentang aktivitinya tetapi memandang ke arah padang sekolah. Fikirannya macam melayang dan merenung jauh.

Iklan

Ujarnya, usaha mengesan anaknya itu tidak pernah berhenti bermula di Rembau, Tampin dan Seremban termasuklah Kuala Lumpur.

"Ada yang dakwa nampak Muhammad Danish dekat hentian bas Rembau memakai Tshirt biru hitam bertulis AT (Akademi Tunas) Jempol, ada juga dakwa nampak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Iklan

"Semua lokasi yang dimaklumkan kami telah pergi termasuklah 13 jam berjalan sekitar Kuala Lumpur dengan harapan dapat jumpa dia, tetapi masih belum berhasil," katanya.

Katanya, pencarian anaknya itu sebelum ini turut dilakukan sekitar sekolah termasuklah dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat dan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Justeru saya berharap orang ramai dapat membantu kami mengesan Muhammad Danish dan hubungi kami sekiranya ada maklumat di talian 011-11326212 atau 016-9593028," katanya.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan kehilangan Muhammad Danish disedari warden kira-kira jam 11 malam pada 9 Jun lalu selepas mendapati pelajar itu tiada semasa sesi panggil nama pelajar asrama.

Katanya, kali terakhir remaja itu dilihat memakai baju Melayu berwarna hijau tua dan berseluar hitam.

Dia berketinggian lebih kurang 155 sentimeter,rambut lurus, terdapat kesan parut jahitan di bahagian kiri atas dahi, badan agak gempal dan kulitnya berwana coklat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!