Pemandu nyaris maut lori jatuh cerun

Iklan
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 207.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) malam Khamis.

ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke cerun sedalam 15 meter di Kilometer 207.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada malam Khamis.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10.30 malam itu, pemandu berusia 24 tahun mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal yang dijalankan pihaknya mendapati lori terbabit dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurutnya, setiba di lokasi kejadian lori tanpa muatan itu mengalami masalah teknikal sebelum terbabas.

Iklan
"Kenderaan itu mengalami kerosakan teruk dan pemandu yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada pemberita, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Unit Siasatan Lebih Raya (USLR) Selatan Trafik Lebuh Raya Bukit Aman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan