MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.

Ia berkata, pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

"Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut," kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.

Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Iklan

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan