Warga Belanda kandas tujuh jam di Gunung Mat Chinchang

Iklan
Mangsa duduk keletihan selepas diselamatkan akibat terkandas lebih tujuh jam di Gunung Mat Chinchang sejak malam Rabu.

LANGKAWI - Seorang pelancong lelaki warga Belanda yang terkandas di kawasan pendakian Gunung Mat Chinchang berjaya diselamatkan di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa, Staal Rick, 38, ditemui dalam keadaan selamat selepas dikatakan lebih tujuh jam terkandas di laluan gunung berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa dilaporkan terkandas bermula 7.30 malam sebelum ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.50 pagi dalam keadaan keletihan.

Shariman berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan terdapat seorang lelaki warga asing terkandas kerana tidak dapat turun di laluan Gunung Mat Chinchang pada 7.47 malam.

Iklan
Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pada kain rentang pemberitahuan yang dipasang pada kaki Gunung Mat Chinchang.

"Sehubungan itu, operasi SAR dilancarkan dengan mewujudkan pusat kawalan operasi di parkir kawasan rekreasi Telaga Tujuh bagi memudahkan operasi mengesan mangsa.

"Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat di pertengahan laluan ke Gunung Mat Chinchang berhampiran Kem Tok Ayah dan selamat dibawa turun pada 2.50 pagi. Operasi mencari dan menyelamat sedikit tergendala ekoran hujan di lokasi," katanya lagi.

Iklan

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai 13 pegawai dan anggota polis, 19 pegawai dan anggota bomba serta 25 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam pada itu, Shariman menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mendaki kawasan Gunung Mat Chinchang, khususnya di Air Terjun Telaga Tujuh berikutan cuaca hujan ketika ini, selain tidak melakukan pendakian selepas 5 petang untuk keselamatan diri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!