KUALA LUMPUR - Malaysia dan China melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan menekankan keperluan melindungi orang awam mengikut undang-undang antarabangsa.
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menggesa gencatan senjata segera dan kekal, penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta perlindungan bagi petugas bantuan dan perubatan.