Lelaki serah diri, mengaku bunuh isteri

Iklan
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian seorang wanita dipercayai dibunuh suaminya pada Khamis. Foto Media sosial

BATU GAJAH - Seorang lelaki menyerah diri kepada polis dan mengaku telah membunuh isterinya menggunakan pisau di sebuah bilik hotel dekat sini pada Khamis.

Pengakuan lelaki berusia 37 tahun itu dibuat semasa hadir ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Sinar Harian difahamkan, pasangan terbabit berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Iklan

Menurutnya, daripada laporan awal diterima, lelaki terbabit datang ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya.

"Ya memang benar, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya memberitahu kenyataan lanjut berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!