Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok

Iklan
Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 33 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Iklan
Iklan

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang juga pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian dada, leher dan belakang selepas ditikam menggunakan pisau lipat oleh suspek ketika hendak menyelamatkan tunangnya daripada dicederakan lelaki itu.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan ke rumah mangsa untuk mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isterinya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara suspek dengan wanita itu apabila dia enggan mengikut suspek.

Iklan

Suspek kemudiannya cuba menikam bekas isterinya itu dan dihalang mangsa yang menyebabkan tikaman itu terkena pada beberapa bahagian badannya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan