Pura-pura pengsan ular tedung masuk 'boxer'

Iklan
Seorang lelaki menahan nafas semasa operasi mengeluarkan ular dalam boxer di Rayong, Thailand. Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand menempuh detik mencemaskan apabila seekor ular tedung memasuki seluar dalam atau 'boxer' semasa dia tidur di rumah di Rayong, timur Thailand.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila dua anggota penyelamat tiba tepat pada waktunya dan berjaya mengeluarkan reptilia itu tanpa dipatuk ular berbisa itu.

Iklan
Iklan

Dalam video dimuat naik di akaun Facebook, Ner Khwai Tai pada 6 Jun lalu menunjukkan dua anggota tersebut tiba di rumah mangsa dan terus memasuki bilik tidurnya di mana dia masih terbaring seolah-olah sedang pengsan.

Kemudian, mangsa memberi isyarat tangan menyatakan ular tedung itu berada dalam boxer di paha kirinya.

Iklan

Selepas meneliti kedudukan reptilia, salah seorang penyelamat menggunakan penyangkuk khas dan berjaya menarik keluar ular itu manakala seorang lagi merakam video dan menggesa mangsa berdiam diri dan bertenang.

Video itu mendapat 35,000 reaksi, 1,100 komen dan lebih 2,400 perkongsian. Ramai netizen memberi komen lucu mengenai kejadian itu manakala selebihnya berpendapat ia kejadian serius.

Iklan

"Saya tidak dapat bernafas apabila menonton video itu. Kalau jadi dia, saya mungkin pengsan," kata salah seorang netizen. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!