'Mohd Azizi perlu akur keputusan'

Iklan
PRK bagi DUN Nenggiri perlu diadakan walaupun penyandang kerusi tersebut, Mohd Azizi berhasrat untuk mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkenaan pengosongan kerusi itu di mahkamah. (Gambar kecil: Ariff Aizuddin)

SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan perlu diadakan walaupun penyandang kerusi tersebut, Mohd Azizi Abu Naim berhasrat untuk mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkenaan pengosongan kerusi itu di mahkamah.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, Mohd Azizi perlu akur dengan ketetapan Speaker DUN Kelantan yang mengumumkan kerusi DUN Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.