Eloklah penceramah itu direhatkan sementara daripada media

Iklan
Gambar hiasan

SUDAH tersebar satu video tentang hukum puasa pada hari Tasyrik dari sebuah stesen radio.

Dijawab oleh penceramah yang sedang kontroversi bahawa boleh berpuasa pada hari tersebut. Terus kecoh di media sosial.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan hairan kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pendakwah yang lain sudah menjawab tentang hukum haram puasa hari tersebut.

Walaupun pendakwah berkenaan sudah minta maaf sebab salah jawab tetapi jawapannya itu memberi kesan kepada umat Islam. Mengelirukan.

Iklan

Hukum berpuasa di hari Tasyriq ini basic sahaja sebab kita sudah diajar mengenainya dari bangku sekolah lagi seperti mana mandi wajib. Itu pun masih ramai yang keliru.

Merak Jalanan berfikir, sama ada penceramah ini betul-betul tersilap atau sahaja buat-buat keliru.

Iklan

Jadi untuk sementara waktu ini Merak Jalanan sarankan eloklah penceramah tersebut berehat dahulu daripada media.

Sebelum ini pun dia pernah direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.

Beliau kemudian diberi peluang sekali lagi tampil di RTM namun tidak sampai dua hari sudah buat hal lagi.

Agama Islam perlu hujah dan dalil, perlu disiplin. Islam bukan agama mistik atau berpandukan kitab-kitab dongeng. Islam berpandukan dalil dari al-Quran dan sunnah.

Kata pepatah Melayu ada mengatakan, silap mata, pecah kepala. Maksudnya iaitu, kalau kurang berhati-hati, tentu akan mendapat bencana. Pada Merak Jalanan, semua ini ada hikmahnya. Wallahuaklam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!