Kemelut diesel dan harga telur
Iklan
PERDANA Menteri salah lagi. Dalam nada defensif baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Jun telah dipetik berucap secara verbatim:"Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel, maknanya selama ini berpuluh tahun subsidi kita pergi ke syarikat Singapura, pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor banyak.”
Pasukan ahli fikir Pejabat Perdana Menteri semestinya bersandar kepada laporan media Singapura, CNA terbitan 15 Jun – Malaysia diesel price hike squeezes Singapore tour operators – untuk jadi asas kenyataan di atas.