PRK Nenggiri cerminan situasi terkini politik negara

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PENYERAHAN notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat pada Khamis telah pun dilakukan.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, notis membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu juga telah ditandatangan olehnya selaku Ketua Whip parti.

Iklan
Iklan

Berita tersebut dijangka menokhtahkan persoalan perlunya kepada pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan-kawasan berkenaan tidak lama lagi.

Dalam hal tersebut, sudah tentu rakyat akan melihat kepada contoh terdekat iaitu PRK Nenggiri sebagai cerminan situasi sama dengan keadaan terkini.

Iklan

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN Bersatu berhubung keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang juga ADUN Nenggiri itu terbatal daripada Bersatu.

Meskipun, Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berhasrat membawa kes terbabit ke mahkamah, namun PRK Nenggiri masih boleh diadakan seperti biasa walaupun Mohd Azizi mahu mencabarnya di mahkamah.

Iklan

Berbalik kepada notis pengosongan kerusi melibatkan enam Ahli Parlimen Bersatu itu, kemungkinan untuk negara berdepan dengan PRK adalah tinggi.

Sekiranya situasi tersebut berlaku, sudah pasti parti-parti sama ada kerajaan mahupun pembangkang akan membuat persediaan bagi mendepani pilihan raya berkenaan.

Apa yang pasti mesyuarat parti dalam masa yang terdekat sudah tentu akan jadi tumpuan memandangkan persediaan dari segi kekuatan jentera atau pemilihan calon akan memainkan peranan penting sekiranya berlaku PRK pada masa akan datang.

Namun begitu, semuanya bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat tidak lama lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!