Kerjasama strategik ISN, ATM

Iklan
Ahmad Faedzal (tengah) meninjau kemudahan sukan yang terdapat di Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. Foto FB Ahmad Faedzal.

INSTITUT Sukan Negara (ISN) menerusi Akademi Kejurulatihan Kebangsaan berkolaborasi dengan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MSAT) dalam aspek pendidikan kejurulatihan.

Kerjasama strategik itu dijalankan menerusi penganjuran Kursus Sains Sukan Tahap 1 buat pegawai dan anggota tentera daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Iklan
Iklan
Kemudahan sukan yang dibina di Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. Foto FB Ahmad Faedzal.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, kursus tersebut bertujuan memperkasa aplikasi sains sukan dalam program latihan sukan masing-masing.

"Inisiatif ini juga adalah antara usaha untuk memperkasa program pembangunan sukan di peringkat badan beruniform seperti yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan," katanya.

Iklan
Gelanggang skuasy yang dibina di Pangkalan Udara Sendayan. Foto FB Ahmad Faedzal.

Ahmad Faedzal turut berpeluang meninjau kemudahan sukan yang dibina di Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.

"Apa yang menarik adalah terdapat 23 jenis fasiliti sukan yang berpusat di pangkalan udara ini dan dibuka untuk sewaan bagi tujuan latihan dan pertandingan," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!