KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memohon bantuan untuk menjejaki waris seorang pesakit lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 70.
Seksyen Perhubungan Awam HRPZII dalam satu kenyataan memberitahu, warga emas tersebut sedang menerima rawatan di wad HDW Puteri selepas ditemukan di Masjid Chempaka Tanjung Mas.