Gaya baharu Mbappe

Iklan
Mbappe memakai topeng warna bendera Perancis ketika menjalani latihan menjelang aksi menentang Belanda pada awal pagi Sabtu. Foto EPA

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe tampil dengan gaya berbeza apabila memakai topeng ketika turun berlatih bersama Perancis pada Jumaat.

Pemakaian topeng berlatar belakang warna bendera Perancis itu susulan kecederaan patah hidung yang dialami Mbappe ketika perlawanan menentang Austria dalam aksi pertama Kumpulan D Euro 2024 Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps memaklumkan perkembangan terbaharu keadaan Mbappe yang mengesahkan penyerang itu boleh bermain menentang Belanda pada awal pagi Sabtu.

"Semuanya berjalan mengikut perancangan. Mbappe boleh keluar dan melakukan aktiviti seperti yang dia lakukan dalam sesi latihan,” ujar Deschamps.

Iklan

Kecederaan itu berlaku ketika Mbappe berlanggar dengan Kevin Danso semasa pertarungan di udara.

Hidung Mbappe berdarah dan terpaksa meninggalkan padang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Dusseldorf.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!