BN mampu rampas semula Nenggiri - Noor Hariri

Iklan
Noor Hariri

KOTA BHARU - UMNO Kelantan yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada pilihan raya kecil (PRK) nanti.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, kerjasama kukuh dengan Pakatan Harapan (PH) ketika ini turut meletakkan BN di kedudukan terbaik meneruskan misi tersebut.

Iklan
Iklan

"Pilihan raya negeri (PRN) lalu BN tewas kepada Pas dengan majoriti kecil iaitu 810 undi sahaja. Melihat kepada keputusan itu tidak mustahil BN mampu melakukan kejutan.

"BN pernah menang di sini dan saya yakin rakyat sudah bijak membuat keputusan berpandukan kepada khidmat yang diberikan oleh kami sebelum PRN lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, BN dan PH bagaimanapun perlu bekerja keras jika mahu menang pada PRK tersebut.

Ujarnya, kemenangan itu nanti merupakan terjemahan kerjasama kukuh BN dan PH menerusi Kerajaan Perpaduan Madani.

Iklan

Mengulas mengenai calon, Noor Hariri berkata, masih terlalu awal untuk bercakap perkara tersebut.

Bagi beliau, ketika ini UMNO Kelantan mahu fokus kepada mempersiapkan jentera untuk 'berperang' pada PRK itu nanti.

PRN lalu Mohd Azizi Abu Naim dari Pas menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!