Goodday Charge perkenal pasukan e-sukan warga emas pertama Malaysia

Iklan
Hannah bersama 10 peserta akhir kempen Boomers2Gamers majlis perasmian memperkenalkan Team eMAS di sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 13 Jun lalu.

GOODDAY Charge memperkenalkan Team eMAS iaitu pasukan sukan elektronik (e-sukan) warga emas pertama Malaysia yang dibentuk melalui pertandingan Boomers2Gamers yang dianjurkan pada Februari lalu.

Kempen Boomers2Gamers yang dijalankan dibuka kepada warga emas berumur 50 tahun ke atas mendapat sambutan memberangsangkan dengan 298 pemohon.

Iklan
Iklan

Seramai 10 peserta terbaik dipilih untuk melalui rejimen latihan yang ketat selama beberapa minggu bagi melatih aspek kemahiran terlatih, strategi, tahap kecergasan, kerja berpasukan dan komunikasi.

Selepas beberapa kemenangan penting, enam ahli pasukan telah dipilih iaitu Trish Lim sebagai ketua pasukan; entry fragger, Nahar Ludhfi; entry fragger kedua, Ahmad Zamzuri @ Tom; sokongan, Johan Arifin dan John Yap serta pemain gantian, Linda Tee.

Iklan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kebiasaannya e-sukan digambarkan sebagai aktiviti bagi anak muda untuk tujuan hiburan semata-mata.

"Walau bagaimanapun, inisiatif seperti Boomers2Gamers menunjukkan bahawa e-sukan boleh membawa pelbagai faedah lain. Ia mementingkan pemikiran strategik, kecergasan mental dan ciri-ciri komuniti serta kerjasama sama seperti sukan tradisional.

Iklan

"Saya cukup gembira kerana Goodday Charge menerajui pembentukan pasukan ini sejajar dengan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program Boomers2Gamers ini menjadikan e-sukan lebih inklusif dengan memupuk pemahaman dan penerimaan lebih baik bagi merapatkan jurang antara generasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian memperkenalkan Team eMAS di sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 13 Jun lalu.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan memaklumkan bahawa Goodday Charge berdedikasi untuk memperjuangkan e-sukan sebagai satu sukan sebenar yang memerlukan disiplin, kemahiran dan kecergasan untuk mencapai prestasi optimum.

"Dengan menyokong pembangunan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik kebangsaan (NESDEG) bersama KBS dan juga menaja anugerah Malaysian Esports Awards 2024, kami bermatlamat untuk mengubah stereotaip negatif serta salah faham terhadap e-Sukan di Malaysia.

"Malaysia mempunyai komuniti pemain yang bersemangat tetapi stigma masyarakat terutamanya daripada golongan yang lebih berusia menghalang e-sukan daripada diperakui sebagai sukan sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, Goodday Charge melancarkan inisiatif Boomers2Gamers sebagai langkah untuk merapatkan jurang ini dengan membentuk pasukan e-sukan warga emas pertama, Team eMAS.

"Dengan mempamerkan ciri-ciri sama seperti sukan tradisional seperti kerja berpasukan, disiplin dan ketahanan mental, mereka merupakan pejuang terhebat kami dalam usaha membangunkan dan memperakui e-Sukan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Trish turut berkongsi bahawa semasa mendaftar, dia sama sekali tidak mempunyai pengalaman dengan e-Sukan dan tidak akan sokong sebagai haluan kerjaya bagi ahli keluarga.

"Saya cuma dengar tentangnya daripada anak lelaki saya dan cuma faham betapa besarnya skop e-sukan selepas menyertai kempen ini. Saya tak boleh percaya yang kami akan memainkan peranan yang penting dan saya menjadi ketua pasukan!” katanya.

Pada masa sama, dengan sokongan daripada organisasi e-Sukan terkemuka Malaysia, Malaysian Esports Federation, Team eMAS telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records dan melakar tempat dalam sejarah negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!