NIBONG TEBAL - Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini esok, diramal hujan pada sebelah pagi dan petang.
Menurut laman sesawang Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, cuaca diramalkan baik dan tiada hujan pada sebelah malamnya.
Iklan
Iklan
MetMalaysia dalam hantaran di laman Facebook mengingatkan mereka yang terlibat dengan proses penamaan calon esok agar merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.
Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan bermula pada 9 pagi esok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing esok dan 2 Julai.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!