Isu kekosongan kerusi 6 MP Bersatu, biar Speaker putuskan - PM Anwar
Iklan
PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai isu kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah terhenti keahlian mereka serta-merta.
"Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini pada Jumaat.