Banjir kilat: Dua keluarga di Pontian dipindahkan ke PPS

Iklan
Petugas APM memeriksa keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir kilat. Foto APM Pontian

PONTIAN - Seramai tujuh mangsa daripada dua keluarga di Kampung Sungai Moleh dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Kokurikulum Kampung Sungai Tempayan di sini, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, hujan lebat dalam tempoh empat jam sejak jam 5 pagi Jumaat dan pertembungan air pasang antara faktor kejadian banjir kilat di kampung ini.

Iklan
Iklan

"PPS Pusat Kokurikulum Kampung Sungai Tempayan dibuka pada jam 10.45 pagi Jumaat dan sehingga jam 2 petang jumlah mangsa masih kekal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, paras air sungai utama melibatkan Sungai Pontian Besar dan Sungai Pulai dilaporkan masih berada pada paras yang normal dan terkawal.

Iklan

Sungai Pontian Besar merekodkan bacaan 3.79 meter dan Sungai Pulai satu meter.

Sementara itu, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) bagi seluruh Johor setakat jam 3 petang Jumaat.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!