IMD: Trend masa panjang jelas, ‘lampu merah’ untuk Malaysia

Iklan
Noor Azlan

SHAH ALAM - Kejatuhan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024 merupakan ‘lampu merah’ kerana trend masa panjang jelas menggambarkan negara akan jatuh merudum.

Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, Malaysia pernah berada di kedudukan ke-12 pada 2014 dan mensasarkan untuk terus berada di tangga yang sama pada 2030, namun Amerika Syarikat pula mengungguli tempat berkenaan pada 2024.

Iklan
Iklan

Menurutnya, trend menurun tersebut sangat jelas dan ia bertentangan dengan salah satu sasaran Ekonomi Madani yang diumumkan tahun lalu.

"Yang lebih merisaukan saya ialah trend jangka panjang yang jelas menggambarkan Malaysia dalam trend menurun atau lebih tepat jatuh merudum.

Iklan

"Malaysia berada dalam julat 10 hingga 20 dari 2010 hingga 2016, kemudian menurun ke julat 20 hingga 30 sehingga 2021. Tahun 2022, terendah ke tangga 32 sebelum meningkat sedikit ke tangga 27 tahun 2023. Terkini paling rendah di tangga ke-34,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Gambar yang dikongsikan Noor Azlan di platform media sosialnya pada Jumaat.

Tambah Noor Azlan, daya saing global tersebut adalah antara sasaran utama Ekonomi Madani dan negara ini bukan kepada Perdana Menteri sahaja.

Iklan

Ujarnya, agensi yang bertanggungjawab mesti memantau perkara berkenaan dengan lebih rapi dan berterusan.

"Saya rasa janggal bila mendengar beberapa laporan media yang memaklumkan respons kerajaan ‘akan’ dibuat setelah laporan terperinci disediakan atau dibentangkan kepada menteri yang berkaitan.

"Adakah selama ini tiada pemantauan dan pelaporan secara berterusan atau berkala? Ehwal begini seharusnya sampai ke mereka lebih awal dari tarikh pengumuman,” jelasnya.

Noor Azlan turut menegaskan untuk melaksanakan perkara-perkara utama yang perlu ditangani dan kerajaan mampu mengembalikan kekuatan negara ini.

"Keseluruhan jentera kerajaan, termasuk industri dan masyarakat ada peranan yang perlu kita laksanakan. Sebahagian daripada tindakan-tindakan yang berkemungkinan pahit bagi sesetengah pihak.

"Namun, seperti lazim, ‘no pain-no gain’ yang boleh diusahakan dengan kebijaksanaan yang ada supaya ‘pain’ itu dikurangkan dan untuk seketika Malaysia perlu bertindak segera,” tambahnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!