Buruh warga Bangladesh maut tertimbus tanah

Iklan
Foto hiasan

TAMPIN - Seorang buruh lelaki warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan projek perumahan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.50 pagi.

Iklan
Iklan

"Polis telah terima makluman daripada orang awam memberitahu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun telah tertimbus dalam runtuhan tanah semasa sedang membuat kerja di dalam lubang di tapak tersebut.

"Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh pekerja binaan yang berada di lokasi dan dibawa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Gemencheh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada jam 11.25 oleh doktor di klinik kesihatan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa berada di dalam lubang yang baru dikorek sedalam tujuh kaki dan lebar lebih kurang lima kaki untuk kerja-kerja pemasangan paip saluran najis bagi projek perumahan tersebut.

Iklan

"Tiba-tiba tebing lubang telah runtuh dan menimbus mangsa sehingga paras kepala. Mayatnya telah di bawa ke Hospital Tampin untuk tindakan selanjutnya.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!