PRK Sungai Bakap: PRM tak hantar calon

Iklan
Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Gambar kecil: Ahmad Jufliz

SHAH ALAM - Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Presidennya, Ahmad Jufliz Faiza berkata, kepututusan itu dibuat pada saat akhir selepas calon yang dipilih untuk mewakili parti itu hilang kelayakan bertanding kerana bankrap.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun sedih dengan perkara itu namun PRM memberi jaminan akan menghantar calon memasuki sebarang pilihan raya pada masa hadapan.

"Biro Politik PRM dua hari lepas akhirnya berjaya mendapatkan calon tempatan yang sesuai dari Sungai Bakap sendiri.

Iklan

"Bagaimanapun firma guaman saya hari ini (Jumaat) telah membuat carian dan mendapati calon terbabit telah menjadi bankrap minggu lepas walaupun sebelum ini mendedahkan secara peribadi beliau bebas hutang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu katanya, berbaki sehari sebelum hari penamaan, PRM membuat keputusan tidak mencari calon pengganti kerana kekangan masa.

Iklan

"Selain itu, calon pengganti adalah pendatang baharu dalam PRM.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kami tidak akan memasuki sebarang pilihan raya pada masa hadapan dan akan memastikan PRM relevan dalam senario politik arus perdana," katanya.

Kata beliau, PRM sejak penubuhannya mengekalkan integriti dan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti politik arus perdana lain yang didakwa gagal melindungi kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin.

"Sejak dua PRU (Pilihan Raya Umum) lepas, kita telah meletakkan ramai calon walaupun kita tidak memenangi sebarang kerusi sejak tahun 60-an.

"Kami percaya PRM kebelakangan ini telah mendapat lebih banyak daya tarikan di kalangan golongan muda yang percaya bahawa PRM adalah satu-satunya penyelamat masa depan dan tanah air," katanya.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!