SHAH ALAM - Juruvideo Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Anas Ashour yang bertugas di Gaza, Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat serangan rejim Zionis pada Jumaat.
Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada memaklumkan perkara itu menerusi sebuah video yang di muat naik di aplikasi TikTok pada Jumaat.
"Dia seperti seorang adik, dia rajin dan sangat menyayangi kerjayanya. ALLAH pilih dia.
"Demi ALLAH saya sangat sedih, hampir menangis dan menjerit, tetapi kita mesti sabar dan bersyukur dalam setiap keadaan, tidak berkata apa kecuali yang diredhai," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, sebanyak 58 kem perlindungan 'friendship shelter' sumbangan rakyat Malaysia di Gaza, Palestin musnah dibom tentera Israel.
Kem perlindungan yang dibina MyCARE dengan kerjasama Pasaraya Econsave musnah dibedil bom rejim Israel dengan sebahagian daripadanya menempatkan 95 keluarga.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!