Koperal polis maut van dihempap pokok tumbang

Iklan
Keadaan van yang dipandu mangsa dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas van yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 16, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kenderaan polis dalam perjalanan dari arah Komtek Sahabat 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) menuju ke Pantai Sahabat 16.

"Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok yang berada di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap van dipandu mangsa.

Iklan

"Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi anggota polis yang sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan dan hasil pemeriksaan mangsa telah meninggal dunia di lokasi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bahagian pemandu rosak teruk selepas van tersebut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Katanya lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Sampel darah mangsa juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk ujian seterusnya.

"Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini juga diminta tampil bagi menyalurkan maklumat dan boleh berhuhung terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Humaidi Harun di talian 089-881255 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu," katanya.

Sebelum itu, Dzulbaharin turut berdukacita dengan kejadian tersebut dan menegaskan siasatan kes akan dilakukan dengan segera bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!