Warga emas maut motosikal bergesel dengan treler

Iklan
Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 56 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan hospital Tapah, hari ini. - Foto ihsan IPD Tapah

IPOH - Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 56 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan hospital Tapah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan diterima sekitar 7.10 pagi dan kemalangan tersebut turut melibatkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, yang membonceng motosikal tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati sebuah treler telah bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang kanak-kanak.

"Akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian, manakala pembonceng turut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tapah sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Mohd Naim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin ditalian 013-2087919," katanya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!