[EKSKLUSIF] 'Ulat' sasar pelancong, penuntut IPT
Iklan
SHAH ALAM - Warga asing yang datang ke negara ini sebagai pelancong atau mencari kerja menjadi sasaran khidmat kereta sewa haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Antara yang dilaporkan sering menjadi sasaran 'ulat' itu ialah warga Indonesia dan Bangladesh, selain Eropah.
Berdasarkan taktik yang dikesan, 'ulat' atau prebet sapu ini akan datang kepada seseorang yang disasarkan dengan memujuk dan merayu sebelum menawarkan khidmat pengangkutan haram itu.