Kesan akta anti lompat parti
Iklan
KEPUTUSAN Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuatkuasa Rabu lalu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan.
Ulasan teknikal perspektif perundangan mungkin akan mengambil tempat selepas pengumuman tersebut, namun pandangan daripada perspektif politik menyentuh prinsip dan semangat Akta Anti Lompat Parti (AALP) tetap paling penting untuk dibincangkan.