F juga untuk pembangkang - Bersih
Iklan
SHAH ALAM - Selepas memberi penilaian terendah kepada Kerajaan Perpaduan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberikan markah ‘F’ pula terhadap prestasi keseluruhan blok pembangkang sepanjang dua tahun selepas pembentukan kerajaan Madani.
Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz turut menyifatkan pembangkang hari ini sebagai gagal kerana kurangnya komitmen dan usaha mereka dalam memperjuangkan reformasi negara.