Insiden penyeludup lepas tembakan tidak luntur semangat anggota kastam

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Anis Rizana

PUTRAJAYA - Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berdepan dengan cabaran dan halangan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan dalam menjaga kedaulatan negara.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin berkata, insiden sekumpulan penyeludup melepaskan tembakan ke arah anggota JKDM di Sungai Golok, Kampung Simpangan, Kelantan, pada Rabu tidak melunturkan semangat mereka untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan.

Iklan
Iklan

"JKDM berasa berasa syukur tiada anggota yang tercedera dalam insiden tersebut.

"Kita akan sentiasa memperkasakan strategi untuk menghalang penyeludupan dan mengekang ketirisan hasil demi kemakmuran negara," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyeludup diesel, petrol lepas tembakan ke arah anggota kastam

Anis Rizana berkata, JKDM sentiasa komited dalam menangani isu dan permasalahan yang melibatkan aktiviti penyeludupan.

Iklan

"JKDM akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan," tegasnya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan penyeludup minyak diesel, petrol melepaskan tiga das tembakan ke arah sepasukan anggota JKDM di Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Pok Mat di Kampung Simpangan.

Kejadian berlaku pada jam 9.45 pagi itu ketika lima anggota penguat kuasa JKDM sedang menjalankan rondaan air di sekitar kawasan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!