Abidin mahu jumpa semua pengundi Sungai Bakap

Iklan
Abidin (tengah) bersama pencadang dan penyokongnya tiba di Dewan Serbaguna Jawi untuk proses penamaan calon, pada Sabtu.

NIBONG TEBAL - Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail akan cuba mendekati seramai mungkin pengundi di Sungai Bakap dalam tempoh dua minggu berkempen.

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu berkata, beliau tidak janggal untuk bertemu masyarakat berikutan sebelum ini sering bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff ketika berkhidmat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, melalui beberapa program yang diadakan sebelum ini kita mendapat respons yang baik daripada masyarakat khususnya Sungai Bakap.

Ditanya mengenai proses penyerahan borang pencalonan, Abidin berkata, semuanya berjalan dengan lancar dan diuruskan dengan baik oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru dengan dua calon iaitu Dr Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan dengan calon PN, Abidin Ismail.

Dr Joohari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Abidin daripada Pas.

Iklan

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.