Perbuatan buang kepala lembu adalah haram - Mufti

Iklan
Mohamad Sabri

KUALA TERENGGANU - Perbuatan membuang sesuatu yang boleh dimanfaatkan termasuk kepala lembu adalah haram di sisi Islam.

Perkara itu ditegaskan Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun yang berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran.

Iklan
Iklan

"Haram hukumnya membuang sesuatu yang boleh dimanfaatkan sebagai contoh kes membuang sisa haiwan korban iaitu kepala lembu di tong sampah yang berlaku baru-baru ini.

"Malah sisa haiwan korban itu tidak boleh dibuang merata-rata kerana Islam amat menjaga kebersihan dan adab. Jika tidak mahu (kepala lembu), adalah lebih baik diberikan kepada golongan memerlukan.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad Sabri berkata, menguruskan sisa haiwan korban dengan sewajarnya perlu dilakukan bagi memastikan ibadah korban yang dilakukan mendapat keberkatan.

"Berkat ini kurniaan ALLAH SWT dan ia mungkin ada pada sebutir nasi yang ditinggalkan atau mungkin ada pada kepala lembu yang dibuang tersebut maka sebab itu tidak boleh membazir," ujar beliau.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita yang mahu membuang sampah terkejut apabila menyedari kepala lembu diletakkan berhampiran tong sampah di Kampung Pulau Rusa dekat sini pada Khamis.

Sariah Suhailah Chik, 39, berkata perbuatan itu dianggap tidak beretika kerana bahagian berkenaan adalah sebahagian haiwan korban yang boleh diagihkan kepada golongan memerlukan.

Mengulas lanjut, Sariah berkata, perbuatan itu adalah membazir kerana bahagian kepala lembu masih mempunyai banyak isi dan boleh dimakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!