Proses penamaan calon PRK Sungai Bakap berjalan lancar - Polis

Iklan
Anggota polis berkawal berhampiran tempat penyokong Pakatan Harapan di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi pada Sabtu.

NIBONG TEBAL - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini pada Sabtu berjalan lancar.

Jurucakap Polis Pulau Pinang bagi PRK DUN Sungai Bakap, Senior Asisten Komisioner W Puspanathan berkata, 600 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal lalu lintas dan keselamatan sepanjang proses penamaan calon itu.

Iklan
Iklan

"Pihak polis amat berpuas hati dengan kerjasama daripada parti-parti politik bertanding,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan berkaitan pilihan raya.

Iklan

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRK berkenaan pada 6 Julai, manakala pengundian awal pada 2 Julai. - Bernama

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.