HARAPAN dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka apabila kedua-dua atlet berkenaan layak ke perlumbaan akhir acara masing-masing di Terbuka Kazakhstan yang dijadual berlangsung malam ini.
Pada kejohanan berlangsung di Almaty itu, Azeem Fahmi mara ke pentas final selepas menjuarai saringan ketiga acara 100 meter (m) dengan catatan 10.61 saat (s) mengatasi atlet Turkiye, Ertan Okzan di tempat kedua (10.72s) manakala pelari tuan rumah, Vitaliy Zems di tempat ketiga dengan catatan 10.84s, menurut laman sesawang sport-online.kz.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Shereen pula melayakkan diri ke pusingan akhir acara 400m selepas mengungguli saringan satu selepas merekodkan 54.16s menewaskan dua atlet tuan rumah, Anna Shumilo yang berada di tempat kedua dengan catatan 56.58s manakala Milana Zubareva ketiga 57.76s.
Kedua-dua pemegang rekod kebangsaan dalam acara masing-masing itu perlu memenangi perlumbaan akhir yang disertai mereka bagi mencerahkan peluang untuk melayakkan diri di temasya Olimpik Paris 2024. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!