Agong berkenan terima menghadap Raja Bhutan

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene.

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Sabtu berkenan menerima menghadap Raja Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene di sini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsikan di platform media sosial itu.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.

Tetamu diraja itu turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor.

Iklan

"Saya juga telah membawa Raja Bhutan ke sekitar Johor Bahru dan baginda telah menyatakan hasrat datang semula bersama keluarga untuk bercuti di Johor.

"Baginda juga memanjangkan hasrat menjemput saya ke Bhutan dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Bhutan dan Malaysia,” titah Sultan Ibrahim. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!