Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris

Iklan
Seorang remaja berusia 19 tahun di Perancis didakwa merancang serangan ketika kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024. Foto AFP

MOSCOW - Seorang remaja berusia 19 tahun di Perancis didakwa merancang serangan ketika kejohanan Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 dan kini ditahan, lapor Sputnik memetik penyiar Perancis BFMTV pada Sabtu.

Remaja yang tinggal di wilayah Ile-de-France itu dituduh melakukan konspirasi jenayah serta membeli dan memiliki senjata untuk tujuan keganasan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa mengesyaki remaja berkenaan mempunyai kaitan dengan seorang remaja bawah umur yang ditahan pada 13 Jun.

Kedua-dua remaja itu disyaki berhubung melalui media sosial untuk merancang tindakan keganasan.

Iklan

Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Sukan Paralimpik akan diadakan dari 28 Ogos hingga 8 September. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan