Kementerian Pengangkutan sokong projek pengembangan Westports Malaysia 2

Iklan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) mengadakan sidang akhbar pada Majlis Perasmian Perjalanan dan Persinggahan Sulung Kapal Kapal Kontena M.V. MTT Bintangor di Westport, Pulau Indah pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya projek pengembangan Westports Holdings di Pelabuhan Klang yang dikenali sebagai"Westports Malaysia 2”.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perjanjian konsesi baharu untuk Westports telah diluluskan oleh Kabinet susulan penilaian Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan perjanjian itu telah disahkan pada akhir tahun lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pembesaran itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan daripada 14 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kepada 28 juta TEU.

"Apabila siap, Westports Malaysia 2 akan meningkatkan operasi pelabuhan dengan ketara, menjadikan Pelabuhan Barat (West Port) pelabuhan terbesar negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian perjalanan dan persinggahan sulung kapal kontena, M V MTT Bintangor di West Port, Pelabuhan Klang pada Sabtu.

Iklan

Anthony Loke berkata, pengembangan itu penting dalam usaha mengekalkan daya saing Pelabuhan Klang sebagai hab mega di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Westports, Eddie Lee berkata, sebagai komitmen syarikat itu, berbilion ringgit akan dilaburkan untuk membina terminal baharu di bawah Westports Malaysia 2.

Iklan

Beliau berkata, projek itu akan meningkatkan kapasiti pengendalian pelabuhan sebaik sahaja semua terminal daripada Terminal Kontena 10 hingga Terminal Kontena 17 apabila siap kelak,

Eddie Lee berkata, projek pengembangan itu dijangka menawarkan sekurang-kurangnya 6,000 pekerjaan baharu dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sekitar, khususnya Pulau Indah dan Klang.

"Ini menunjukkan komitmen Westports untuk menyumbang kepada kepada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, kerajaan telah memberikan konsesi kepada pengendali dan mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf yang diperlukan. - Bernama