Lebih RM140 juta untuk Sabah di bawah program Bekalan Air Luar Bandar - TPM

Iklan
Ahmad Zahid melambaikan tangan kepada perwakilan UMNO Sepanggar pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar, pada Sabtu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM140.86 juta tahun ini untuk pelaksanaan projek di bawah program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM2.4 juta diperuntuk kepada Parlimen Sepanggar dan KKDW sentiasa komited serta bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dalam melaksanakan program tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga memberi komitmen menambah peruntukan bagi tujuan itu jika diperlukan namun berharap koordinasi lebih baik dapat dibentuk dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

"Walaupun kita baiki saluran tetapi bekalan tidak cukup, mustahil pengguna akan perolehinya maka kerjasama itu kita selaraskan... kerajaan negeri juga telah diberi peruntukan (oleh) kerajaan Persekutuan untuk baiki dan tukar saluran paip itu, saya fikir koordinasi ini boleh dilakukan dengan baik,” kata Presiden UMNO itu pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian Sepanggar parti berkenaan pada Sabtu.

Iklan

Mengenai penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah, Ahmad Zahid berkata, ia bertujuan sebagai pelengkap kepada jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

"Kita tidak berniat pun untuk bersaing atau mencari jalan berbeda, kita mahu memperkukuh akar umbi agar rakyat yang terpinggir dapat kita santuni.

Iklan

"Kita tubuhkan JKDM untuk memperkukuh kekuatan dukungan rakyat di sesebuah kampung,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!