Pertembungan dua penjuru
Iklan
Abidin (kiri) dan Joohari menunjukkan nombor giliran kertas undi masing-masing ketika penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal pada Sabtu.
NIBONG TEBAL - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Joohari Ariffin yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
Kedua-dua mereka menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim pada hari penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi di sini.