Beri tamparan hebat kepada negara

Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohd Faisol)

SHAH ALAM - Kejatuhan kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024 memberi satu tamparan hebat kepada negara.

Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, berdasarkan situasi ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kelemahan ringgit berbanding mata wang utama dunia khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan ranking negara.

Iklan
Iklan

"Ini jelas dapat dilihat sehingga suku tahun pertama 2024, kedudukan ringgit masih tidak kukuh dan stabil. Kelemahan ringgit akhirnya mempengaruhi persekitaran pasaran ekonomi Malaysia,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, isu rasuah turut menyumbang kepada kejatuhan kedudukan negara dalam WCR.

Iklan

"Jenayah berkenaan yang melibatkan pelbagai lapisan pangkat termasuk pemimpin negara memberi implikasi buruk kepada persepsi pelabur terhadap potensi ekonomi mereka di Malaysia khususnya dalam jangka masa panjang.

"Di samping itu, mungkin terdapat polisi dan dasar yang cuba dilaksanakan oleh Malaysia dianggap kurang baik dan kukuh bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, usaha kerajaan menarik pelabur asing mula menampakkan kejayaan, namun masih tidak memadai.