Bangunan SK Abaka di Tawau musnah terbakar

Iklan
Keadaan bangunan kelas musnah sepenuhnya dalam kebakaran di SK Abaka, Tawau.

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abaka di sini, musnah terbakar dalam kejadian tengah malam Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu, difahamkan telah memusnahkan bangunan yang menempatkan kelas.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah malam.

"Kejadian melibatkan satu blok sekolah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

Iklan

"Operasi memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.21 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.23 pagi.

Iklan

"Hasil pemeriksaan lanjut tiada sebarang mangsa dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan kelas yang terlibat menempatkan murid bagi tahap dua.

"Kebakaran melibatkan blok kelas tahap dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam," katanya.

Tambah beliau lagi, susulan kejadian itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang meneliti dan akan membuat perancangan supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid dapat dilaksanakan.

"Saya telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau untuk meneliti perkara tersebut supaya proses PdP tidak terganggu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!