Kesan kejatuhan daya saing
Iklan
KITA pilih kerajaan setiap empat hingga lima tahun sekali untuk mentadbir negara dengan sebaik-baiknya.
Sebagai ganti, kita bayar cukai dan bermacam-macam hasil lagi untuk memberi upah kepada anggota kerajaan daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, hinggalah kakitangan awam yang paling rendah pangkatnya.
Itulah kontrak sosial dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan. Pujian dan tanda terima kasih kita adalah dalam bentuk undi. Kalau kerajaan bagus, kita undi semula parti-parti mewakilinya tetapi jika kerajaan tidak menunaikan janji atau tidak melakukan yang terbaik, menjadi hak dan tanggungjawab kita menegur serta membuat kritikan.