Telur ayam 35 biji hanya RM10 untuk jiran

Iklan
Nur Ain di reban ayam miliknya bagi memungut hasil ternakan setiap hari.

SHAH ALAM - Hasil ternakan ayam dan pelbagai tanaman secara kecil-kecilan di halaman rumah dimanfaatkan dengan memberi secara percuma atau dijual pada harga murah kepada jiran.

Seorang suri rumah, Nur Ain Ahmad Fawizi Alaam, 35, berkata, idea menternak ayam penelur jenis Lohman Brown tercetus ketika negara mengalami krisis untuk mendapatkan bekalan telur.

Iklan
Iklan

"Masa itu ramai yang mula mencari alternatif dengan menternak ayam penelur, jadi saya dan suami cuba melakukan hal sama untuk kegunaan keluarga.

"Kebetulan suami juga sebelum itu memang pernah menternak ayam kampung, jadi tiada masalah untuk kami memulakan ternakan ayam penelur," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Jumlah telur yang diperoleh boleh mencecah lebih 300 biji sebulan hasil daripada 12 ekor ayam.

Iklan

Menurut Nur Ain, jumlah telur yang diperoleh boleh mencecah lebih 300 biji sebulan hasil daripada 12 ekor ayam.

Ujarnya, proses penjagaan haiwan ternakan itu tidak susah tetapi perlu menitikberatkan kualiti makanan dan keadaan persekitaran reban.

Iklan

"Jika jiran saya ingin membeli bagi tujuan perniagaan mereka iaitu kedai makan, kami akan menjual telur pada harga RM10 bagi 35 biji telur pelbagai saiz.

"Tetapi sekiranya ia digunakan untuk makan, kami akan beri saja ataupun jual dengan harga yang murah. Kadang-kadang saya bagi kepada keluarga sebagai buah tangan," katanya.

Mengulas lanjut Nur Ain memaklumkan, dia juga mempunya pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan pokok bunga.

Antara tanaman yang biasa ditanam adalah sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, sawi, kubis, terung, bendi, cili, pokok kunyit dan ulam-ulaman.

Jelasnya, hobi tersebut timbul apabila pindah ke Felda Rimba Mas di Padang Besar, Perlis setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya.

"Memandangkan ketika itu saya dan suami belum memiliki cahaya mata, jadi kami mula meluangkan masa dengan hobi menanam manakala suami saya pula minat menternak ayam.

"Kami banyak belajar daripada Facebook (Kelab Berkebun) dan sejak saya mula menggunakan aplikasi TikTok, saya banyak belajar dari rakan-rakan di sama mengenai teknik penanaman," ujarnya.

Mengulas lanjut Nur Ain berkata, antara tanaman yang biasa ditanam adalah sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, sawi, kubis, terung, bendi, cili, pokok kunyit dan ulam-ulaman.

Nur Ain banyak belajar daripada Facebook (Kelab Berkebun) dan sejak guna aplikasi TikTok, banyak belajar dari rakan-rakan mengenai teknik penanaman.

Menurutnya, hobi berkebun mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan barang dapur.

"Keluarga juga dapat makan sayuran yang segar tanpa semburan racun kimia sebab saya guna semburan cuka kayu.

"Selain itu, keluarga dan orang terdekat juga dapat menikmati tanaman yang saya tanam. Biasanya untuk jiran tetangga saya cuma berikan secara percuma," ujar Nur Ain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!