Imbalan apabila memaafkan orang lain

Iklan
MEREKA yang memaafkan orang lain dipandang mulia di sisi ALLAH SWT.

SETIAP manusia di muka bumi ini pasti tidak akan terlepas daripada membuat kesalahan walaupun hanya sekecil zarah.

Tiada siapa yang sempurna kerana manusia bukannya bersifat maksum sepertimana para nabi.

Iklan
Iklan

Apa pun, jika sudah melakukan kekhilafan, jalan terbaik untuk 'menebus' kesalahan itu dengan cara meminta maaf kepada tuan punya badan.

Kadangkala apabila permohonan maaf dibuat, namun tiada jawapan balas daripada individu berkenaan.

Iklan

Benar, memberi maaf bukan perkara yang mudah. Barangkali dek 'makan dalam' hingga seseorang itu sukar melupakan walaupun tidak menyimpan dendam.

Dalam Islam, ALLAH begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.

Iklan

Rasulullah SAW bersabda: "Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)

Apakah imbalannya apabila kita belajar memaafkan? Kenapa sifat itu begitu dipandang mulia di sisi Islam?

Semua persoalan itu akan dirungkaikan dalam Sinar Islam esok.