Sama saja setelah berkuasa
Iklan
PENAMAAN calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selesai semalam.
Seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Baharu sebelum ini, PRK Sungai Bakap menyaksikan pertarungan sengit antara calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dan Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN), Dr Joohari Ariffin.
PN turun gelanggang untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya negeri (PRN) ke-15, Ogos 2023. Misi PH kali ini dengan sokongan BN adalah merampas semula kerusi DUN Sungai Bakap yang pernah dimenangi calon PKR pada pilihan raya umum (PRU) 2008.